Suatu pemberian yang berharga. Dalam konteks penubuhan taska ini bermaksud anak-anak merupakan suatu pemberian yang tiada nilai gantinya.
Tentang Kami
Permulaan Anugerah Bestari
Pengenalan Anugerah Bestari
Anugerah Bestari merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang telah bertapak selama lebih 20 tahun dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak kecil bermula usia 1 tahun. Kami komited dalam membentuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi aspek akademik, emosi, sosial dan sahsiah.
Dengan gabungan pendekatan pembelajaran moden serta nilai-nilai murni dan pendekatan islamik, kami membantu anak kecil membina keyakinan diri, berdikari dan bersedia melangkah ke peringkat seterusnya. Disokong oleh tenaga pengajar berpengalaman dan persekitaran pembelajaran yang kondusif, Anugerah Bestari menjadi pilihan ibu bapa dalam membina asas pendidikan terbaik untuk anak mereka.
Nama Dan Maksud
Kami menamakan taska dan tadika ini dengan nama ANUGERAH BESTARI untuk memberi inspirasi awal serta menunjukkan usaha dan matlamat kami iaitu untuk menjadikan pusat pendidikan awal antara pilihan yang terbaik di Malaysia.
“Anugerah”
“Bestari”
Kecemerlangan yang akan diterapkan dalam diri setiap pelajar sama ada dari segi pendidikan, rohani mahupun sahsiah diri.
Konsep Pendekatan
Anugerah Bestari menekankan kecemerlangan akademik yang selari dengan penerapan elemen multimedia dan keagamaan. Pendekatan Konsep 3E (Explore, Experiment & Experience) yang dipraktikkan membantu mencapai objektif pembelajaran dan perkembangan pelajar, bermula seawal usia 2 bulan hingga 6 tahun.
Konsep belajar sambil bermain memberikan pengalaman yang menyeronokkan sambil menyampaikan input terkini dan berguna untuk kehidupan harian pelajar.
Pengenalan Syarikat
Anugerah Bestari International Sdn Bhd (ABISB) ialah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera, khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2006 dan didaftarkan di bawah nama Taska Anugerah Bestari, Tadika Anugerah Bestari, dan Pusat Jagaan Anugerah Bestari.
Pengasas & Peneraju ABISB

Nama: Zaharah binti Jaafar
Akademik:
- Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang (Kepujian) (Universiti Malaya) 1996-1999
- Ijazah Sarjana Syariah dan Undang-undang (Universiti Malaya) 2000 – 2004
- Kursus Asuhan Kanak-Kanak (JKM 2009)
- Kursus Asuhan Permata (JKM 2020)
- Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPM 2016)
Pengalaman:
- 1999 hingga 2000 – Guru di Sri Utama International School, Setapak
- 2000 hingga 2004 – Guru di Sekolah Menengah Sri Murni, Cheras
- 2005 hingga 2012 – Peguam Syariah di firma guaman Zaharah Jaafar and Associates
- 2006 hingga kini – Pengusaha Anugerah Bestari International Sdn Bhd (Anugerah Bestari Playschool/Anugerah Bestari Preschool
Rangkaian Cawangan ABISB
Tenaga Pengajar Berpengalaman
ABISB memiliki guru serta penjaga kanak-kanak yang terlatih. Kakitangan ABISB telah menjalani latihan yang sewajarnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, termasuk Kursus Asuhan PERMATA (KAP) dan Kursus Guru Prasekolah Swasta. Selain itu, kebanyakan kakitangannya mempunyai pengalaman yang relevan dalam penjagaan kanak-kanak.
Dengan pengalaman dan kemahiran selama sembilan belas tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengasuh dan mendidik kanak-kanak.
Aktiviti yang dilaksanakan dirancang mengikut kesesuaian dan sejajar dengan tahap perkembangan umur kanak-kanak. Kami menekankan kecemerlangan dalam pelajaran akademik dan diniah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama dan bangsa.
Modul Holistik Anugerah Bestari
Anugerah Bestari ialah sebuah institusi yang mengutamakan nilai moral serta aspek keagamaan. Kami menghormati kepercayaan pelajar bukan Islam dengan menyediakan pembelajaran Pendidikan Moral. Bagi pelajar beragama Islam, kami menawarkan pembelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Jawi, Amali Solat, dan Program Mengaji Keeds Quranic.
Penubuhan Taska dan Tadika Anugerah Bestari berteraskan konsep modul pendidikan mengikut PERMATA dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Seiring dengan modul bahasa, sains dan teknologi menjadi pemangkin melahirkan anak yang terdidik dan berakhlak mulia juga seimbang secara harmoni. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat berkembang dari segi kognitif dan emosi serta sebagai persediaan menghadapi cabaran di masa akan datang.
